Perlembagaan PRS

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Perkhidmatan: Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
b. Alamat: SMJK Perempuan China Pulau Pinang
2, Jalan Gottlieb, 10350 Pulau Pinang.

PERATURAN 2 LOGO DAN MOTTO

a. Logo:
b. MOtto: Bantu diri untuk membantu orang lain

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
3.2 Sebagai khidmat sokongan membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.3 Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
3.4 Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
3.5 Bertanggungjawab membangunkan kumpulan PRS.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Ahli kami terdiri daripada pelajar-pelajar TIngkatan 1 hingga 6 Atas.
4.2 Cara ahli-ahli dilantik melalui 3 tahap, iaitu ujian bertulis, ujian lisan (melalui PRS) dan temu ramah oleh guru bimbingan dan kaunseling.
4.3 Setiap PRS mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

PERATURAN 5 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5.1 Guru bimbingan dan kauseling adalah dilantik oleh pengetua.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.2 Perlantikan AJK
6.2.1 AJK dilantik melalui pengundian oleh semua ahli semasa AGM kecuali jawatan pengerusi, setiausaha dan bendahari adalah dilantik oleh guru bimbingan dan kaunseling.
6.1 Ahli Jawatankuasa PRS terdiri daripada:-
6.1.1 Pengerusi
6.1.2 Naib Pengerusi
6.1.3 Setiausaha
6.1.4 Penolong Setiausaha
6.1.5 Bendahari
6.1.6 Penolong Bendahari
6.1.7 Ketua Hal Ehwal Pelajar
6.1.8 Penolong Ketua Hal Ehwal Pelajar
6.1.9 Ketua Kebersihan
6.1.10 Penolong Kebersihan
6.1.11 Ketua Buletin
6.1.12 Ketua Papan Kenyataan
6.1.13 Wakil Tingkatan

PERATURAN 7 TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat sesi pagi dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Melasksanakan aktiviti-aktiviti.
7.1.3 Memastikan ahli jawatankuasa menjalankan tugan dengan sempurna.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Melaksanakan aktiviti-aktiviti.
7.2.3 Mempengerusikan semua mesyuarat sesi petang.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan segala hal-hal surat-menyurat.
7.3.2 Menyediakan minit mesyuarat sesi pagi.
7.3.3 Merekodkan semua aktiviti.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha menjalankan tugas.
7.4.2 Memangku jawatan itu semasa ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menyediakan minit mesyuarast sesi pagi.
7.5 Bendahari
7.5.1 Memungut segala banyaran ahli sesi pagi.
7.5.2 Menyimpan akaun PRS sesi pagi.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Memungut segala bayaran ahli sesi petang.
7.6.2 Menyimpan akaun PRS sesi petang.
7.6.3 Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.
7.7 Wakil Tingkatan
7.7.1 Menyampaikan maklumat kepada ahli-ahli.
7.7.2 Mengutip yuran-yuran tingkatan masing-masing.
7.7.3 Mengumplukan karya bulletin tingkatan masing-masing.
7.7.4 Membuat senarai bertugas semasa waktu rehat.
7.7.5 Mengutip buku rekod aktiviti PRS tingkatan masing-masing (April & Ogos).
7.8 Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Ketua Hal Ehwal Pelajar
7.8.1 Mengedarkan kad-kad hari jadi kepada ahli setiap awal bulan semasa mesyuarat.
7.8.2 Berkuasa mengenakan hukuman terhadap ahli yang melanggar peraturan PRS.
7.8.3 Menyediakan hadiah Hari Guru kepada Guru Penasihat.
7.9 Ketua Kebersihan dan Penolong Ketua Kebersihan
7.9.1 Menyediakan senarai bertugas setiap bulan.
7.9.2 Memastikan ahli-ahli menjalankan tugas mereka dengan sempurna.
7.9.3 Memastikan kebersihan di sekitar Sudut Kaunseling dan Bilik Kaunseling.
7.10 Ketua Buletin dan Penolong Ketua Buletin
7.10.1 Mengumpul dan menapis entri-entri karangan ahli.
7.10.2 Memimpin dan mengedit dalam penerbitan Buletin PRS.
7.11 Ketua Papan Kenyataan dan Penolong Ketua Papan Kenyataan
7.11.1 Menghiasi papan kenyataan.
7.11.2 Memperbahurui isi-isi papan kenyataan setiap bulan.
7.12 Semua Ahli AJK
7.12.1 Memastikan ahli-ahli memakai kemeja-T pada Hari Rabu.
7.12.2 Mendenda RM2 terhadap ahli-ahli yang tidak memakai tag nama dan lencana.

PERATURAN DAN KEWANGAN

8.1 Yuran ahli: RM6.00 setahun.
8.2 Kutipan yuran digunakan untuk aktiviti-aktiviti perkhidmatan ini.
8.3 Ahli-ahli bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan dermaan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 9 ETIKA PRS

9.1 Amanan dan menyimpan rahsia.
9.2 Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
9.3 Memahami batasan dan keupayaan diri.
9.4 Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagi aspek.
9.5 Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
9.6 Merujuk kess yang rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
9.7 Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.

PERATURAN 10 IDENTITI

10.1 Ahli-ahli diwajibkan memakai tag nama dan lencana PRS setiap hari.
10.2 Setiap Hari Rabu ahli-ahli perlu memakai kemeja-T yang berlogokan PRS.

PERATURAN 11 FALSAFAH

11.1 Cogan kata: Bantu diri untuk membantu orang lain.
11.2 Falsafah ini membawa untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, kami seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dar segi ilmu pengetuhuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

PERTURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1 PRS yang ditolak 16 markah demerit akan dipecat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.
12.2 Ahli-ahli yang tidak memakai tag dan lencana didenda RM2.
12.3 Ahli-ahli yang tidak memakai kemeja PRS perlu didenda kecuali sebab-sebab khas.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembangaan ini sah sehinggan ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, guru bimbingan dan kaunseling atau pentadbir sekolah secara bertulis.